~♥ lebih rela lalai dari sama2 mengingatkan
~♥ lebih byk merindui sesama manusia, berbanding merindui Penciptanya
~♥ lebih banyak menyebut nama org itu dan org ini, berbanding nama-nama Allah SWT
~♥ lebih banyak menceritakan keburukan org itu dan org ini, berbanding bercerita tentang kebesaran Allah.. kebaikan Rasulullah saw dan para sahabat
~♥ lebih menepati masa sesama manusia berbanding menepati masa dgn Allah swt
~♥ lebih takut lewat sampai ke kelas berbanding takutnya lewat menunaikan solat
~♥ lebih rela melewat2kan solat kerana mahu sampai awal ke kelas
~♥ lebih rela tunggu 10 minit awal di kelas / 30 minit awal di kelas berbanding duduk di atas sejadah
menunggu azan berkumandang
~♥ lebih rela melepaskan ganjaran pahala berjemaah yg berlipat kali ganda semata2 nk dtg awal ke kelas
~♥ lebih rela mencari keredhaan manusia berbanding keredhaan Allah
~♥ lebih rela jaga akhlak utk dpt concentration dlm kelas berbanding jaga akhlak utk dpt concentration dlm solat
~♥ lebih rela berjalan jauh ke kelas semata-mata nk kurus / ronda2 kat mall, tetapi x rela jalan pergi ke masjid semata nk gugurkn dosa (setiap satu langkah kita berjalan ke masjid, maka gugurlah dosa kita. semakin jauh masjid itu, semakin byklah gugurnya dosa kita)
~♥ lebih rela mengorbankan masa berseronok utk mentelaah buku2 dunia , berbanding mengorbankn masa berseronok dgn mentelaah buku2 agama
~♥ lebih rela bangkit dan meninggalkn tempat tidur utk mentelaah pelajaran, utk dpt markah tinggi dlm exam dunia, berbanding bangkit dari tmpat tidur utk bersujud kpd Allah swt, utk dpt markah tinggi dlm exam akhirat.
~♥ lebih rela solat seperti ayam patuk dedak berbanding sujud lama2 atas sejadah
~♥ lebih rela pergi mesyuarat situ sini, anytime anywhere, tinggalkn pelajaran, tetapi x rela buat begitu utk halaqah/ usrah/ majlis2 agama
~♥ lebih rela membuat kerja siang mlm utk mengekalkan nama baik utk satu2 jawatan, tapi x rela isitiqomah dlm ibadat utk jawatan yg lebih besar..iaitu sbgi khalifah Allah
~♥ lebih rela mghabiskan duit utk beli itu dan ini tetapi xrela keluarkn duit utk bersedekah..utk agama..
~♥ lebih rela dedahkan aurat, utk nampak cantik di hadapan manusia berbanding tutp aurat utk dpt
keredaan Allah
~♥ lebih rela beli baju mahal2 utk cantik d pandangan manusia, tetapi beli baju murah2..biasa2 utk pergi mghadap Allah
~♥ lebih rela cantikkan wajah dgn make up itu dan ini berbanding cantikkan wajah dgn berwuduk
~♥ lebih bersiap sedia utk menduduki peperiksaan dunia, melebihi peperiksaan akhirat
astaghfirullahalazim.. ~ itulah manusia..dan kita lah manusia itu..masih banyak lagi tanggungjawab yg belum kita tunaikan sbgi seorang hamba Allah..terlalu terlalu banyakk....
kita terlalu sibuk dengan dunia...mengejar kejayaan dunia siang dan malam..membuat persediaan utk peperiksaan dunia..tetapi kita x membuat persiapan pun utk akhirat kita..di mana kita wahai sahabat..
kita terlalu mencari keredhaan manusia...berbanding keredhaan Allah..
sesungguhnya tiada amalan yg akan Allah swt kira andai solat kita tidak diterima Allah swt, andai kita solat bagai melepaskan batuk d tangga. maka perbaiki dan peliharalah solat...barulah difikirkan ibadat yg lain (menuntut ilmu).
tanyalah pada diri sendiri..muhasabah dan perbaiki lah diri kita..sesungguhnya gagal di dunia masih blh d repeat, tetapi gagal d akhirat, xde repeat2 da..wallahualam..

No comments:
Post a Comment